Posts

Showing posts from November, 2011

Salam Maal Hijrah

Image
Umat Islam digalak perbaiki akhlak, contohi perjuangan Rasulullah setiap 1 Muharam UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi....

Muslimah ^^

Benarlah wanita itu ibarat permata. Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia. Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan. Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita. Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar. Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah. Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia. Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan. Mengapa tak perlu gusar?..

Kita hanya ingat pada al-Quran bila..

السلام  عليكم   Must read tau..tau,tau,tau..^^ Kita hanya ingat pada al-Quran bila.. - perlukan ayat-ayat "fadhai'l a'mal" (ayat2 yg ada kelebihan cth macam ayat rukyah, ayat pengasih, ayat pembuka rezeki, ayat utk berjaya dalam peperiksaan dll ) - ada program2 tilawah al-Quran, tadarus al-Quran dan seumpamanya. Hanya utk majlis2 tertentu je. - perlukan dalil utk menghentam dan melawan satu pihak lagi yakni utk menegakkan hujah sendiri. Nak al-Quran yang ikut hujah dia, bukan dia yang sepatutnya ikut hujah al-Quran. - berada dalam suasana yg menakutkan. Takut gelap, takut hantu. - berada dalam suasana sedih akibat kematian atau orang tgh nazak nak mati. Masa ni lah kita dengar bacaan2 Ya Sin dan sebagainya. - berada dalam keadaan getir. Contohnya tsunami, banjir besar dalam keadaan ketakutan yang amat sangat. - berada dalam keadaan insaf selepas apa-apa musibah..cthnya putus cinta, putus tunang, cerai, hilang harta benda sebagainya.. Masa ni ingatla...

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH

السلام  عليكم   Raudah nak kongsi sesuatu..jangan lupa baca ye..^^ Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar  Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta  kerana Allah s.w.t. berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang  tiada naungan kecuali naungannya.'" Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin Al-Samit, lalu aku  menyebutkan kepadanya hadis Mua'az bin Jabal, maka ia menyatakan: 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'Cinta-Ku  berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong- menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang  yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada  hari yang tiada naungan kecuali ...

Anda ingin lebih cantik dan menarik..???

Image
Assalamualaikum.. raudah nak kongsi sesuatu ni..nak tau..??baca di bawah..^_^ Jadikanlah ghadhdul bashar (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda,nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih. Oleskan 'lipstik kejujuran'pada bibir anda,nescaya akan semakin manis. Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang ter buat daripada rasa malu yang dibuat di salon iman. Pakailah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahn yang anda lakukan. Rawatlah rambut anda dengan 'selendang islam' yang akan menghilangkankelemumur pandangan lelaki yang membahayakan. Hiasilah kedua-dua tangananda dengan 'gelang tawaduk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhwah'. Sebaik-baik kalung anda adalah kalung 'kesucian'. Bedaklah wajah anda dendan 'air wuduk' nescaya akan bercahaya di akhirat. Kalau nak jadi lebih cantik di hadapan Allah dan diakhirat, lakukanlah segala pengorbanan didunia..In...