Posts

Showing posts from 2011

Syukur YaAllah!!

Assalamualaikum Kaifahaluki..??ana behoir..:)..Harap semua sahabat sentiasa didalam rahmat Allah..termasuk raudah sekali.. Haa tgh buat ape la tukan..mngkin ade yg tegh ber-FB mgkn ade yg tgh stalker blog rakan2..dan mungkin ade juga yang masih belum menunaikan kewajipan kepada Allah iaitu solat..btul tak..sahabat semua jangan lah permudahkan solat..ia satu dosa besar..benda pertama yg malaikat akan soal didalam kubur nnti ialah SOLAT sahabat2..jadi cuba kita renungkan....

YaAllah bantulah Hambamu Yang Kerdil Ini!!

Assalamualaikum..  Segala puji bagi Allah serta junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. Sahabat semua apa khbar..??raudah harap sahabat semua sht walafiat..serta selalu di bawah naungan Allah S.W.T..bagi rakan2 yang sedang berduka/ bersedih, sentiasa sematkan kalimah Allah didalam hati dan bermohon lah kepada Allah kerana Allah ialah sebaik2 tmpat bgi kita mngadu..insyallah Allah juga selalu ada bagi umatnya..

Madrasah Tahfiz Al Quran Hurul Ain

Assalamualaikum..Ya ukhti ya akhi..:) sahabat2 apa khabar..??raudah harap sahabat semua sehat walafiat dan sentiasa di bwah rahmat Allah S.W.T..Kepada para pendakwah,teruskanlah berdakwah untuk menegakkan syiar islam..Allah sentiasa bantu umatnya..insyaallah syurga bagimu..Serta para sahabat sekalian teruskanlah mengecapi ilmu untk kita gunakan pda masa hadapan..supaya berjaya d dunia dan akhirat.. Cuti pada kali ini, bagi raudah pda mulanya sagt bosan tak buat apa2..dok rmah je..tpi 1 hari...

Salam Maal Hijrah

Image
Umat Islam digalak perbaiki akhlak, contohi perjuangan Rasulullah setiap 1 Muharam UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi....

Muslimah ^^

Benarlah wanita itu ibarat permata. Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia. Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan. Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita. Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar. Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah. Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia. Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan. Mengapa tak perlu gusar?..

Kita hanya ingat pada al-Quran bila..

السلام  عليكم   Must read tau..tau,tau,tau..^^ Kita hanya ingat pada al-Quran bila.. - perlukan ayat-ayat "fadhai'l a'mal" (ayat2 yg ada kelebihan cth macam ayat rukyah, ayat pengasih, ayat pembuka rezeki, ayat utk berjaya dalam peperiksaan dll ) - ada program2 tilawah al-Quran, tadarus al-Quran dan seumpamanya. Hanya utk majlis2 tertentu je. - perlukan dalil utk menghentam dan melawan satu pihak lagi yakni utk menegakkan hujah sendiri. Nak al-Quran yang ikut hujah dia, bukan dia yang sepatutnya ikut hujah al-Quran. - berada dalam suasana yg menakutkan. Takut gelap, takut hantu. - berada dalam suasana sedih akibat kematian atau orang tgh nazak nak mati. Masa ni lah kita dengar bacaan2 Ya Sin dan sebagainya. - berada dalam keadaan getir. Contohnya tsunami, banjir besar dalam keadaan ketakutan yang amat sangat. - berada dalam keadaan insaf selepas apa-apa musibah..cthnya putus cinta, putus tunang, cerai, hilang harta benda sebagainya.. Masa ni ingatla...

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH

السلام  عليكم   Raudah nak kongsi sesuatu..jangan lupa baca ye..^^ Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar  Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta  kerana Allah s.w.t. berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang  tiada naungan kecuali naungannya.'" Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin Al-Samit, lalu aku  menyebutkan kepadanya hadis Mua'az bin Jabal, maka ia menyatakan: 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'Cinta-Ku  berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong- menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang  yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada  hari yang tiada naungan kecuali ...

Anda ingin lebih cantik dan menarik..???

Image
Assalamualaikum.. raudah nak kongsi sesuatu ni..nak tau..??baca di bawah..^_^ Jadikanlah ghadhdul bashar (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda,nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih. Oleskan 'lipstik kejujuran'pada bibir anda,nescaya akan semakin manis. Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang ter buat daripada rasa malu yang dibuat di salon iman. Pakailah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahn yang anda lakukan. Rawatlah rambut anda dengan 'selendang islam' yang akan menghilangkankelemumur pandangan lelaki yang membahayakan. Hiasilah kedua-dua tangananda dengan 'gelang tawaduk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhwah'. Sebaik-baik kalung anda adalah kalung 'kesucian'. Bedaklah wajah anda dendan 'air wuduk' nescaya akan bercahaya di akhirat. Kalau nak jadi lebih cantik di hadapan Allah dan diakhirat, lakukanlah segala pengorbanan didunia..In...

Nak Cita ni..~

السلام  عليكم   Kamu semua apa khabar..??harap sehat sentiase..rindu sangat nak nak taip kat blog ni,tapi masa tak mngizinkn..al maklumlah nak PMR..huhu..sedih trial hari tu x dpt cpai target..tak ape PMR raudah buat betul2.. Kamu semua da solat ishak.??kalau belum solat baik pegi nnti kat kbur ular akn membelit badan kita..huhu..raudah pun takut..sape tak takut seksaan Allah..hmm sejak kebelakangan ini banyak yang berlaku..tak sempat nak cerita kat kamu semua.. Kamu semua nak tau raudah dah ade abang angkat tapi harap jangan sampai terangkat suda..hehe..gurau2..nak tau nama die tak..??name dia Muhamad faiz bin ishak..sdap juga nama tu..Maksud nama Faiz ialah menang dan berjaya..Patutla setiap kali cakap dengan abg faiz,mesti abg faiz yang menang..hehe..raudah kenal abg faiz pun dari fb..kenal2 lame2 raudah pun jadi adk angkt abg faiz..hehe..abg faiz ni seorang yang baik,suka nasihat,tegur,ambl perhatian dan sebagainye..kamu semua nak tau tak (mood whispered) abg f...

Sambung cerita..

Nak tau tak kenapa saya cakap abg Hafiz baik..??sbb die amik berat kat kite semua.. bak kata pepatah abg haji 'wlupun grng tapi dalam hati ade taman'..haha..kteorng telah diberi bilik untuk penginapan disana..satu bilik 4 orang..Tapi saya dan suhaila konggi katil kerana bilik kteorg terlbih 1 org..Hari yang kedua,kami dikejut pada pkul 5 pagi menggunakan seren hospital..tapi saya,suhaila dan syahira bangun pkul 4.30 pagi..nak tau sbb ape kteorg bgun awl..??sbb takut bilik air penuh..selepas saya dan kawan saya selesai mandi,tiba-tiba sya dan kawan saya terdengar bunyi seren.Saya ingat da kena g surau untuk solat.Apalagi kteorg pun kelam kabut bersiap untuk menuju ke surau..korang semua nak tau tak rupa2nya bunyi seren tu untuk fasi kejut kteorg bangun tdo.."hadui buat penat org je siap cepat2" kata suhaila dgn nada geram..kteorng pun ddk la sebentar dikatil..Selepas semua sudah siap kami semua pun menuju ke surau sembahyang solat subuh secara berjemaah..:)

Sabar lah wahai hati

Assalamualaikum..^_^ sahabat2 sekalian sehat..??harap Allah limpahkan rahmat kepada sahabat sekalian.. :) Rindu nak post entry..lame mnyepikan diri..busy la katekan..macam orang bkerja pulak..hehe.. Sakit tak kalau kita dibiarkan keseorangan..??tanpa kawan..??selalu saya terfikir yang saya ni bukan seorang rakan yang baik..tapi kenapa masih ade oarang cakap saya baik..??pelik..tapi adakh saya ade bat salah..?? Terkadang sampi menitis air mata bila memikirkannya..saya ni penting kan diri ke..??banyak kali juga saya menahan hati bila tengok dia dngan kwan lain..tapi sampai bila nak tahan hati ni..??YaAllah bantula hamba mu..Kau kurniakanla sahabat yang boleh berada disamping ku ketika gembira dan sedih..kadang2 cemburu jugak tengok akak saya pnyai kawan yang sangat rapat...Terkadang terfikir juga saya ni memang tak layak untuk mendapat sahabat sejati..Tapi kata Allah kita buat baik dengan orang,cepat atau lambat Allah akn membalas kebaikan kita..YaAllah tetapkanlah hatiku..janganlah...

Lemah Lembutnya Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah Ujar wanita, mereka adalah lembut Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya Namun ada yang tidak rela mengakuinya Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa Lalu wanita pun diam… Diam seolah-olah menerima… Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan Dalam diam, wanita terus menerus bekerja Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari Lelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidang Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat, menonton TV sambil tergelak Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa Memandikan anak,...

"SATU LAGI PROJEK KERAJAAN HATI"

Pembinaan sebuah bangunan bertingkat2 sbg tapak program... sesuai untuk yg berminat mengimarahkan bulan Ramadhan Kareem... setiap tingkat mempunyia 4 bilik yg luas, muat menampung seluruh umat Islam... 1.bilik muhasabah iman.. 2.bilik mesyuarat iman (majlis fikr dan zikr).. 3.bilik manifestasi iman (amalan).. 4.bilik pengawalan iman (hindari maksiat).. tempahan boleh dibuat sekarang.. tidak terhad! janji ikhlas! insyaAllah selamat... ^_^

Akhirnya siap juga.. :D

Assalmualaikum semua.. apa khabar..??harap sihat2 belake.. huhu da lame tak tulis entri..rindu sangat Ha kawan2 awk semua da ganti puasa belum..??kalau belum cepat2 la ganti.. Sekarang da bulan Syaaban ni..jangan lupa tau..hihi.. Awak nak tau x hari ni berakhirnya kesengsraan yang berlaku padi siti tau.. nak tau tak ape..??kerja kursus Siti da siap..Alhamdulillah Kerja kursus Sejarah biasa la kan mesti susah kan..tpi alhamdulillah Allah telah membantu siti menyiapkan kerja siti.. em sampai sini je eh saya tulis lain kali sambung insyaallah..:) Wassalam..

Facebook Oh Facebook..

FACEBOOK OH FACEBOOK… Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi, Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari, Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali, Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,FACEBOOK sebagai medium bersosial terkini. FACEBOOK OH FACEBOOK… Bukan setakat itu sahaja, Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya, Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya, Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia, Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna. FACEBOOK OH FACEBOOK… Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu, Ada yang berdakwah, ada yang merapu, Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru, Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu, Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu. FACEBOOK OH FACEBOOK… Banyak aib manusia telah engkau dedahkan, Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan, Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan, Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan, Zaman fitnah...

Hari yg bersejarah..

Assalamualaikum semua..:) korang semua sihat..??? sy sihat alhamdulillah.. hari in sy sgt penat kerana kat skola ade buat hari kantin.. meletihkan..mcm2 kne buat.. nak tau tak smlm kite basuh ayam kat skolaaaa...penattttt..hmm tak silap sy ini kali yg ke-3 sy mmbasuh ayam slame ni buat kat rumah ..klu yg kat rumah tu basuh ayam tak la byk sgt.. Ini sy bsuh ayam disekolah tau bkan dirumah...sy basuh ayam untuk 15 ekor punya ayam...huh penat smpai peluh merenek di muka..hehehe.. Ramai juga la yang menolong..memang best sbb dpat tolong ckgu...huhu.. 1 Group 3 org...sy dengan anida n atiqa (atok)..selain tu yg menolong ialah alyiah,izatul,khaliesa,haiza,haziqah,syafiqah,hamziah,sarah,farahin dan ramai lgi trmsuk ckgu2..Macam2 gelagat kwn2 sy yg sy nmpak.. Awk semua nak tau tak, anida ank ckgu hamilah takut AYAM..hehehehe kelakar la.. Kata atok "nmpak je rock tapi takut ayam"..hehehe..kteorg pn ketawa la... Anida kate sedare die gelarkan die AYAM...hehehe..kesi...

Aku Sudah Bertunang..

Image
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. ...