YaAllah bantulah Hambamu Yang Kerdil Ini!!
Assalamualaikum..
Segala puji bagi Allah serta junjungan Nabi Muhammad S.A.W..Sahabat semua apa khbar..??raudah harap sahabat semua sht walafiat..serta selalu di bawah naungan Allah S.W.T..bagi rakan2 yang sedang berduka/ bersedih, sentiasa sematkan kalimah Allah didalam hati dan bermohon lah kepada Allah kerana Allah ialah sebaik2 tmpat bgi kita mngadu..insyallah Allah juga selalu ada bagi umatnya..
Sekarang raudah tengat cuti balik dari madrasah..sabtu ahad raudah cuti..Hari isnin balik sne..kehidupan disana semakin hari semakin seronok..Seronok dpat mmbantu, menimba ilmu dan banyak lgi..duduk disana rasa seperti kita dah tinggalkan duniawi untuk persediaan diakhirat..
Pada suatu hari rakan raudah tanya "apa yang awak nak didunia ni..??" raudah pun berfikir..nak ape ek?? raudah pn cakap kat rakan raudah.."nak ape??" rakan raudah cakap "ape2 yang awk nak sangat" selepas tu raudah pun berfikir sejenak.. "emm saya nak hafal Al-Quran..saya nak syahadah" rakan saya cakap.. ''bagusnya awk.." raudah pun tanya rakan raudah ''awk pulak ??".."saya nak bawa 1 keluarga tunaikan umrah dan haji..bestnye awk dpat tunai kan umrah thun dpan.." raudah pun cakap "Alhamdulillah Allah bagi saya rezeki..insyaallah impian sy termakbul..insyallah impian awk pun akn termakbul''.. ''mintk2 Allah pnjangkan umur kan.??''..''amin, insyallah"..
Syahadah tu mksudnya orang yang khatam hafal 1 Al-Quran..itu lah keinginan raudah..Tapi ada lagi dua keinginan raudah iaitu raudah nak sangat istiqamah memakai purdah dan memasuki tahfiz secara tetap..tetapi keinginan raudah ditolak oleh umi raudah..Yaallah raudah tak tau nak buat macam mana sekarang..
Semasa raudah kat madrasah, pada satu hari ni raudah kena pergi kedapur sebab ada kerja nak kne siap kan..tetapi kalau nak ke dapur kene lintas kelas 1..pada masa tu kelas 1 ade budak2 kelas ustaz..ramai sangat..raudah tanya la kat fatimah "mcm mne ni timah akk nak pegi dapur..?? ade budak kelas ustaz..'' fatimah pun cakap.."a'a la mcm mne ni!!".. pastu raudah pun cakap kat fatimah..''timah akk pinjam purdah timah ea..??akk segan la nak lalu dpan dieorg ,semua lelaki..'' fatimah pun cakap..''akk pinjam je.." ''trima kasih timah''..''same-same''..selepas tu raudah pun pakai ..timah dan nabila cakap ''cntiknye akk pkai'' selepas tu raudah senyum je..semasa raudah melintasi kelas ustaz rase sejuk dah tangan sebab ade lelaki la..raudah tunduk je pandangan raudah..nak tau tak ape yang raudah rasa mase tu..??raudah rase terlindung sangat..dalam hati raudah tekad nak pakai purdah..
Lagi 1 keinginan raudah untuk duduk tetap di madrasah tu..ramai rakan raudah kat madrasah suruh raudah masuk situ..ustazah syarifah pun tanya ''awk tak nak dduk sini terus ke ambil HAFIZAH..??'' raudah pun cakap..''saya memang nak ustazah..saya dah bagitahu umi saya, tapi umi saya suruh habiskan spm dulu bru boleh masuk..'' ustazah pun cakap..''kalu lepas spm baru masuk sini lambat la nnti..biasenya klau umur 17 taun tu ada orang yang dah syahadah..''Pada satu hari raudah tanya dengan umi raudah ''umi boleh tak kita masuk tahfiz..??'' umi cakap ''tak payah la bukan senang nak bawa''.. raudah pun cakap ''kalau umi tak bagi kita ambil hafizah ,kita belajar tajwid dulu, boleh la umi''.. umii pun cakap ''nnti nak bayar bulan2 kan susah..lagipun kat sekolah awk dpat biasiswa''..raudah pun cakap..''insyallah umi Allah bagi rezeki''..umi pun cakap habiskan spm dulu kan senang nnti dah ambil spm awk msuk la sana''..raudah cakap ''nnti kita da lmbt..kan sayang..bukan kita tak nak ambil spm..nnti kita ambil..'' raudah cakap la lagi..''tak apela kalau umi tak bagi kita masuk tahfiz, kita nak istiqamah pkai purdah jelah..umi pun cakap..''purdah tu tak wajib..muka bukan aurat..''raudah pun diam..raudah pun cakap dalam hati 'purdah tu mmg tak wajib tapi ia tak haram umi Allah tak melarang pun sesiapa yang nak pakai'..Yaallah macm mne ni..Yaallah bantulah hambamu Yallah..apa yang raudah nak buat ni..
Yaallah engkau permudahkanlah segala urusan ku di dunia ini yaallah..lembutkanlah hati umi ku, Yallah..kepada engkau la aku berserah segalanya..sekiranya kata2 umi itu benar, kau lembutkanlah hatiku supaya sentiasa patuh akan kata2 umi ku..kerana aku tak mahu jadi anak yang derhaka kepada ibu Yallah..kau jadikalah aku anak yang solehah..amin insyallah..Sampai disini sahaja coretan raudah buat kali ini..diharap rakan2 dapat membantu raudah dalam menyelesaikan masalah ini..insyallah..
Comments
Post a Comment