People Character
Assalamualaikum and good evening buddies 😁
Apa khabar kalian semua? moga sentiasa sihat walaupun ada yang sedang berperang dengan emosi disebabkan sakit yang dirasai atau pun pertukaran emosi disebabkan ujian yang dihantar Allah sebagai ingatan atau teguran. Semua manusia memang tak akan dapat lari dari ujian kehidupan yang pelbagai. Ujian kesakitan, ujian kekayaan, kemiskinan, kepandaian akal dan banyak lagi. Dunia ni ibarat medan peperiksaan yang wajib kita lalui dan keputusan peperiksaan tu kita akan dapat masa di padang mahsyar macam pertimbangan amal, soal menyoal antara kita dan malaikat.
Sama ada kita bersedia atau pun tidak. Diri sendiri yang lebih mengetahui. Jom persiapkan diri.
So this time i want to talk about people character? Sesetengah manusia ni memang Allah kurniakan perangai manusia yang berlainan. Ada yang mudah tidak berpuas hati, ada yang baik, pengasih, penyayang, kuat cemburu, terasa hari dan banyak lagi. Tak dapat la nak list kan semua perangai manusia dlam blog ni, nanti panjang berjela pula jadinya.
Jadi ada apa dengan perangai manusia? Ada perkara yang pernah terjadi dalam sejarah kehidupan saya. Selama kehidupan saya 21 tahun ini, banyak mengajar saya yang perangai manusia ini memang pelbagai. Dengan semua character manusia ni sangat mengajar kita untuk jadi manusia yang lebih baik. Bila kita belajar dari masalah yang kita lihat disekeliling kita, kita akan lebih faham dan mula berfikir apa yang kita perlu lakukan bila kita berada dalam situasi yang sama seperti mereka.
Orang kata pengalaman mengajar kita untuk lebih berfikir dan lebih mendalami situasi itu. Apa yang saya belajar dari pengalaman sy melihat manusia yang pelagai kerenah ni sangat banyak. Bila kita melihat sesuatu masalah tu kita mesti akan mula predict, apa yang akan jadi jika sesuatu perangai buruk itu berterusan. CTH: Ada adik-beradik yang bergaduh disebabkan siapa yang perlu menjaga ibu atau ayah yang sudah lanjut usia di kampung atau perlu dihantar ke rumah orang-orang tua. Kalau kita lihat atau baca perkara seperti ini mungkin kita perlu lihat situasi dulu, apa yang menyebabkan masalah itu timbul.
Kalau saya berada disituasi tersebuat, selalunya sy akan berkata-kata didalm hati dlu. Apa sebab masalah tu timbul. Kenapa ada anak-anak yang tak nak jaga ibu bapa mereka. Dan saya akan mula berkata pada diri sendiri. CTH: Aku nak berdoa pada Allah supaya satu hari nanti masalah yang kita nampak tidak terjadi dalam keluarga kita sendiri.
Doa itu senjata orang mukmin. Apa yang kita minta dengan Allah semua akan dimakbulkan, cuma cara Allah makbulkan doa kita je yang kita tak tahu. Doa juga ialah kepuasan orang-orang yang beriman. Lazimi doa dalam kehidupan. Doa ni kita tak perlu tadah tangan pun. Jadi di mana-mana sahaja kita boeh berdoa.
Kalau masalah yang kita lihat itu besar, macam perceraian, pergaduhan antara adik-beradik disebabkan harta, kita WAJIB ambil iktibar dan jadikan masalah tersebut sebagai satu pengajaran supaya kita tidak mengulangi perkara yang sama seperti mereka. Dan jangan lupa juga, jadikan Hadith dan Al-Qur'an sebagai rujukan kerana ia sumber yang kita wajib gunakan untuk panduan hidup.
Okies peeps, will continue to another entry next time. May Allah bless all of us.😉
Comments
Post a Comment