Feelings
Assalamualaikum sahabat semua.
Moga Allah sentiasa merahmati kita semua 💖
Jadi pagi yang indah lagi nyaman ni, marilah kita bermuhasabah diri... alaaa apa ni mariam, muhasabah pulak tiba-tiba, kita nak dengar cerita mariam. Ok ok chill2, kita akan bercerita tapi sebelum bercerita marilah kita kembali dan mengingati Allah. 😊
So what's wrong about my feelings? Sejak kebelakangan ini hati saya ini mempunyai masalah yang chronic. Apa yang masalah sangat hati ni? Hati dan otak kita ni memang bekerja selari. Apabila otak berfikir, hati pula merasai. Merasai apa yang otak sedang berfikir.
Apabila kita lalui satu situasi, seperti berfikir tentang satu masalah, otak dan hati pun bersatu untuk mengekspresikan perasaan. Wahhh berbelit. 😂 Kalau faham alhamdulillah.
Bila kita lalui satu masalah ni, mesti kita akan sentiasa berfikir berfikir dan berfikir. Orang kata kalau terlalu berfikir sangat nanti bahaya sebab takut syaitan memulakan peranannya sebagai penghasut sebab syaitan akan mula tambahkan perasa untuk menyedapkan cerita yang kita sedang berfikir, syaitan akan tambah rencah penyedap rasa cerita dalam otak dan hati kita tu.
Disebabkan saya dah lalui apa yang saya katakan diatas tu, jadi saya memang dah pernah rasai bagaimana jahatnya syaitan hadirkan diri dalam hati dan fikiran kita untuk menghasut dan menyedapkan cerita yang kita fikirkan. CTH: kita sedang tidak berpuas hati dengan seorang perempuan ni, hanya disebabkan dia meminjam barang kita terlalu lama dan tidak pulangkan kepada kita. KEMUNGKINAN, wanita tersebut lupa akan barang yang dia pinjam dari kita, ataupun wanita tersebut tidak sempat untuk memulangkan barang tersebut kepada kita. TETAPI, syaitan pula hadir dlm hati kita dan taburkan rencah hasad dengki untuk kita fikir yang wanita itu sengaja tidak mahu memulangkan barang tersebut kepada kita sebab dia beri pinjam kepada kawan dia yang lain, atau telah merosakkan barang tersebut dan sebagainya.
Banyak cara dan strategi syaitan nak hasut hati dan fikiran kita. Cuma bila kita dah sedap melayani perasaan kita, kita tak akan sedar yang syaitan sebenarnya dah menguasai hati kita. Perbanyakkan istighfar, elakkan diri kita dari memikirkan benda-benda yang buruk. Semua yang kita lalui dah ditetapkan oleh Allah dan serahkan segalanya pada Allah. Allah yang menguasai hati dan tubuh badan kita. Mohonlah kepada Allah supaya Allah sentiasa melindungi hati kita dari hasutan syaitan.
Bersempena hari terakhir 2017 ni, saya ingin memohon maaf diatas segala salah dan silap saya kepada kalian yang mengenali diri ini, moga 2018 menjadi titik tolak perubahan diri kita kepada menjadi manusia yang lebih baik dan membawa manfaat kepada orang lain. 💜 💓
Sampai disini dulu perkongsian saya, sambung dilain masa inshaAllah.
May Allah protect all of us from sins.
Salam 😉
Comments
Post a Comment