Lemah Lembutnya Wanita


Ujar lelaki, wanita itu lemahUjar wanita, mereka adalah lembutAntara lemah dan lembut…besar perbezaannyaNamun ada yang tidak rela mengakuinyaTelah ditakdirkan… kerana lembut wanitaTidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksaLalu wanita pun diam…Diam seolah-olah menerima…Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipanDalam diam, wanita terus menerus bekerjaDi pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suriDari sebelum tercalit garis putih di subuh hariHingga jarum jam tegak bertindih jariLelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidangApabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentangIsteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasakSuami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerakSelesai memasak wanita menguruskan anak-anakMenyapu sampah,mengemas rumah yang berselerakLelaki keletihan kerana memandu di jalan sesakBerehat, menonton TV sambil tergelakDalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masaMemandikan anak, melipat pakaian dan membasuh bajuKaki dan tangan semua digerakkan dengan lajuMenyiram pohon-pohon bunga yang mulai layuSebelum solat Maghrib untuk sujud… Menyembah Yang Maha SatuMakanan dihidang selepas solatSelesai kerja rumah, anak-anak diajar mengajiSedang suami tersadar semula seperti tadiSebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diujiDalam diam semua tugas rumah segera dibereskanLelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasiLantang membela nasib wanita…Memberi kesedaran supaya segera bangkitHukum agama telah terpaparTugas suami mengemas rumah, menjaga anakMembasuh pakaian, menyediakan makananJika suami tidak terdaya melakukannyaSeorang pembantu wajar disediakanLelaki yang hanyut dalam keasyikanTidak mampu menerima perubahanRela bertahan bagaimana juaAsalkan cara hidup tradisi terus dinikmatiDalam diamWanita yang sering dianggap lemahMeneruskan hidup dalam segala kekuatan” Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL,Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL,Keburukan yang paling hodoh SESAT “Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,Jika diri tak seindah SULAIMAN,Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,Jika tak sekuat SARAH,Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Comments

Popular posts from this blog

Kehidupan dan Jodoh

Hari yg bersejarah..

Salam Maulidur Rasul 1433H