Salam Maulidur Rasul 1433H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita semua masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan merasa pelbagai nikmat kurniaan-Nya.
Di hari dan cuaca yang cukup indah ini, apa kata kalau kita kurangkan sedikit perbicaraan yang sia-sia lagi merugikan.
Gantikanlah perkara tersebut dengan sesuatu yang bermakna dan memberikan kesan kepada orang lain seperti menulis hal yang berfaedah, berbentuk keagamaan atau pun yang kurang hiburannya.
Oh ye kepada yang sibuk dengan urusan duniawi dan hujung minggu bersama keluarga, jangan lupa tema sambutan Hari Maulidur Rasul pada tahun 1433H / 2012 ialah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Jangan hanya duk terkebil-kebil bila orang tanya apa tema Hari Maulidur Rasul tahun ini.
Selamat menyambut hari kelahiran..
Rasulullah SAW dan salam Maulidur Rasul, semoga sunnah Baginda SAW kekal menjadi amalan di dalam kehidupan kita tidak kiralah pada waktu dan mana kita berada.










Comments

  1. salam maulidur rasul juga... smga ia ttp di hati n fikiran kita serta di perbuatan kita... bukan hnya pada hari maulidur rasul sahaja.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kehidupan dan Jodoh

Hari yg bersejarah..