Smile :)
Assalamualaikum and Good Evening peeps.
How are you? fine or not? smiling, angry, lazy, sleepy? hahaha... Setiap manusia ada perasaan mereka tersendiri. Kerana, apa yang kita alami setiap hari tak sama dengan orang lain. ada yang sedang kesakitan, sedang melayan perasaan, sedang merajuk, sedang dimarahi, dan
ada juga yang sedang hilang arah. The first thing you must to do is, find a friend to tell them everything about what are you going through. Sebab, kawan ni seseorang yang dapat melegakan kita dengan beberapa masalah yang kita lalui antara manusia, kata-kata mereka, nasihat mereka. Selalu sangat orang kata kalau ada masalah, cari Allah dan mengadu pada Allah. Memang benar, masalah kita dan ujian hidup itu datangnya daripada Allah, tetapi urusan kita dengan manusia, manusia juga yang akan memahami dan dapat berikan pendapat atau jalan selesai. Allah tempat kita mendapatkan sumber ketenangan, pertolongan dan Al-Quran memang sumber NO 1 kehidupan, TETAPI manusia juga hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran bagi memikirkan apa sahaja jalan penyelesaian.
Baru-baru ni saya dimasukkan ke hospital, kerana ujian yang manis Allah sedang berikan kepada saya. Alhamdulillah saya berjaya hadapinya dengan tabah dan sesungguhnya kekuatan untuk meneruskan hidup itu datangnya daripada Allah. Sepanjang penginapan saya di hospital, dapat saya lihat pelbagai kerenah manusia disekeliling saya. Saya hanya mampu melemparkan senyuman.
Nak tahu kenapa senyuman?
Kerana Senyum itu senjata yang amat berguna kerana dengan senyuman kita dapat buat orang disekeliling kita turut senyum. Mungkin mereka dalam kesakian, atau dilanda masalah atau sedang kusut fikiran. Senyuman sangat-sangat membantu.
Senyuman juga dikatakan salah satu sedekah. Jadi kalau kita senyum kita dapat menambah pahala. Siapa tak nak pahala free kan. Jadi, biasakan diri dengan senyuman. :)
Ada seorang nurse berpangkat nurse ni datang dan masuk ke bilik saya, apabila dia masuk sahaja ke bilik saya, dengan secara spontannya saya akan melemparkan senyuman. Tiba-tiba je nurse tu senyum balik dan dia kata, "senyum je saya tengok awk ni, meh nak salam dengan awak". See, dengan senyuman juga boleh mengeratkan silaturahim dengan orang yang kita tidak kenal yang bergelar saudara seislam ataupun sesiapa sahaja.
Jadi, buat sahabat-sahabat yang disayangi Allah, biasakan diri anda dengan senyuman walaupun dengan orang yang awak tak kenal.
Tapi sesetengah orangyang tak biasa mesti rasa peli kalau ada orang yang lalu sebelah tiba-tiba senyum even tak kenal kan? Jangan la awkward, mereka itu hanya nak sebarkan senyuman aja, supaya mereka dapat pahala.
I don't know why but i love to SMILE. :)
Smile it's sunnah
Wassalam
Comments
Post a Comment